Tempat Menarik di Melaka Terbaik Untuk Percutian

Tempat Menarik di Melaka – Jika anda mahu berehat seketika di hujung minggu atau percutian, dan masing bingung mahu kemana, anda bisa merancang ke beberapa tempat menarik di melaka terbaik untuk percutian. Cuma 150 km dari Kuala Lumpur anda bisa mendapatkan sesuatu yang lain dari yang lain. Sudah pasti ia tidak memerlukan kos yang tinggi karena bukan jauh. Saya pun faham jika barangkali anda terpaksa harus menempuh lalulintas yang teruk. Tetapi bila direncakan dengan rapi dan lebih awal, anda boleh mengelakkan kekecewaan dan betul-betul menikmati percutian anda di Melaka. Ada kalanya tempat-tempat ini biasa kita lalu, tetapi tidak pernah singgah. Jom kita jalan-jalan ke Melaka.

Tempat Menarik di Melaka

The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower

Bangunan setinggi 42 tingkat ini anda boleh berjalan di atas jambatan dan melihat panorama bandar Melaka. Anda boleh bergambar dimana-mana. Disana ada juga menara tinjau yang lainnya dibuat dari kaca. Tempat ini istimewa tapi kalau anda takut tempat tinggi, sebaiknya jangan kesana. Jika anda sudah letih, anda bisa turun di lantai bawah untuk bershopping di The Store Shopping Gallery.

Kota A Famosa

Kota A Famosa

Kota A Famosa di Melaka adalah sebuah kubu pertahanan orang Portugis yang dibina tahun 1511. Ia terletak di dekat Muzium Istana Kesultanan Melaka. Apa yang tinggal disana kini ialah pintu kota di kaku bukit St. Paul, yang biasa disebut A Famosa. Disana juga terdapat patung St. Francis Xavier yang merupakan mubaligh Kristian yang menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara. Bila anda suka sejarah, tempat ini cocok untuk anda datangi.

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari

Tempat menarik di Melaka selanjutnya ialah Menara Taming Sari yang merupakan sebuah menara tinjau setinggi 110 m yang terletak di dekat runtuhan Kota A Famosa. Apabila anda naik ke atas, anda dapat melihat kawasan bersejarah seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat, dan Replika Kapal Flor De La Mar.

Melaka River Cruise

tempat menarik di melaka

Melaka River Cruise boleh memberikan anda peluang menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan Asia Tenggara. Anda dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai, dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. Jika anda ingin menaiki Melaka River Cruise, sebaiknya pada malam hari kerana akan lebih sejuk dan anda juga boleh melihat kerlipan lampu di Kampung Morten.

Pantai Klebang

Pantai Klebang

Pantai Klebang merupakan tempat menarik paling popular di bandar Melaka. Untuk anda yang datang dengan keluarga pada masa percutian, terdapat kereta kuda dan ATV yang boleh anda sewa. Anak-anak juga boleh bermain layang-layang di sini kerana anginnya sangat kuat. Banyak yang jual layang-layang di tepi pantai Klebang. Tempat ini dekat dengan Bustel, Muzium Kapal Selam dan Klebang Coconut Shake yang sudah terkenal hingga Singgapura.

Demikianlah senarai tempat menarik di Melaka untuk percutian yang boleh anda kunjungi. Sekiranya artikel ini boleh membantu anda dalam memberikan informasi untuk tempat pelancongan dan percutian. Anda boleh juga mengintip tempat menarik di penang. Bila masih bingung menentukan tempat menarik, boleh anda gunakan jasa travel guide dan lihat mana saja destinasi menarik untuk dikunjungi.

Tempat Menarik di Melaka Terbaik Untuk Percutian | pelancongan | 4.5