Tempat Menarik di Penang (Pulau Pinang) Terbaik Untuk Percutian

Tempat Menarik di Penang – Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan saat melawati Pulau Pinang. Negeri ini memang sangat terkenal dengan Jambatan Pulau Pinang yang menjadi tarikan negeri pulau mutiara ini. Penang sendiri terdiri dari sebuah pulau dan sebahagian kecil tanah besar semenanjung. Disini kami buat senarai tempat menarik di Penang yang boleh menjadi panduan anda merancang percutian ke pulau ini.

Tempat Menarik di Penang (Pulau Pinang)

Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera

Bukit Bendera yang nama asalnya Bukit Pulau Pinang (Penang Hill) merupakan salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong di Penang. Bukit ini memiliki tinggi 830 m yang terdapat kereta api kabel yang boleh membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat pemandangan indah negeri Penang. Bila ingin mendaki Bukit Bendera, anda boleh melalui trek yang bermula di Teluk Bahang. Di puncak bukit terdapat hotel penginapan, medan selera, kedai serba aneka yang dapat anda lawati. Bukit Bendera mesti anda kunjungi jika bercuti ke negeri ini.

Batu Ferringhi

Batu Ferringhi

Pantai ini paling terkenal di Penang kerana ada berbagai aktiviti menarik, seperti bot, jet ski, dan lain-lain. Ada juga gerai di tepi jalan yang menjual cenderahati dan pakaian untuk dibawa dari Batu Ferringhi. Banyak hotel yang tersedia di sekitar pantai, anda boleh sesuaikan dengan budget tempat penginapan.

Pantai Monyet

Pantai Monyet

Pantai monyet terletak di dalam Taman Negara Penang. Ketika anda melancong ke pantai ini, anda perlu berjalan kaki merentas hutan simpan untuk sampai ke pulau ini. Rasa capek anda akan terbayar ketika sudah sampai di pantai ini.

Pantai Kerachut

tempat menarik di pulau pinang

Pantai Kerachut merupakan pantai cantik yang menghadap Selat Melaka. Pantai ini boleh anda kunjungi dengan menaiki bot atau merentas Hutan Simpan Taman Negara Penang dari Teluk Bahang. Bila anda suka melihat penyu, disini terdapat pusat penetasan penyu.

Taman Rimba Teluk Bahang

tempat menarik di penang

Taman Rimba Teluk Bahang ialah salah satu tempat menarik yang popular di negeri ini. Tempat ini terletak tidak jauh dari Penang Butterfly Farm, sekira 5-10 minit perjalanan jalan kaki. Taman Rimba Teluk Bahang merangkumi 32 hektar yang dirasmikan pada 1974 untuk menambah pengetahuan tentang ekologi hutan Malaysia. Di dalamnya terdapat sebuah kolam yang boleh anda mandi disana untuk menghilangkan keletihan.

Artikel ini sekiranya memudahkan anda mencari tempat menarik di Penang untuk percutian yang wajib anda kunjungi. Baca juga tempat menarik di Langkawi. Anda boleh menggunakan travel guide yang tersedia untuk menghantarkan anda ke tempat menarik tersebut.

Carian Yang Berkaitan:

  • tempat menarik di pulau pinang

Related Posts