Tempat Menarik di Johor Bahru Terbaik Untuk Percutian

Tempat Menarik di Johor Bahru – Jika anda sedang merancang percutian keluarga dan mencari tempat menarik, anda boleh mencuba melawati destinasi di Johor Bahru kerana anti mainstream. Legoland, Johot Premium Outlet atau Hello Kitty Town mungkin sudah mainstream, bagaimana jika anda melawati tempat yang jarang orang pergi. Di Johor boleh jadi salah satu tempat tumpuan pelancong kerana terdapat pelbagai destinasi pelancongan semula jadi. Berikut ini senarai tempat menarik di Johor Bahru Terbaik untuk percutian.

Tempat Menarik di Johor Bahru

Pulau Rawa, Mersing

tempat menarik di johor

Kalau sebut pulau rawa, jangan ingat Terengganu sahaja yang ada. Di Johor juga terdapat Pulau Rawa di Mersing. Pulau ini merupakan satu di antara pulau tercantik di Malaysia. Dahulunya pulau ini merupakan pulau persendirian (private island), tapi kini sudah menjadi satu destinasi menarik di Johor.

Tanjung Piai, Pontian

tanjung piai

Tanjung Piai merupakan satu habitat hidupan laut, haiwan liar dan burung eksotik. Tanjung Piai dikelilingi oleh hutan paya bakau yang cantik dan belum terdedah pada pembangunan. Di sana terdapat sebuah mercu tanda yang memberi tanda Tanjung Piai sebagai “Tanah Terselatan Benua Asia”. Selain pemandangan alam semula jadi, Tanjung Piai juga terkenal dengan restoran makanan laut yang menjadi tumpuan penggemar hidangan laut. Kebanyakan restoran berada terapung di atas laut.

Pulau Aur, Mersing

tempat menarik di johor bahru

Di sebelah pantai timur Mersing, terdapat sebuah pulau yang bernama Pulau Aur. Pulau Aur merupakan satu khazanah yang cukup cantik untuk pelancongan. Hanya sahaja perlu diingat, untuk pergi ke Pulau Aur anda mesti pandai-pandai sendiri kerana tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke sana dan mesti cari bot sendiri. Bagi anda yang suka memancing, boleh bawa alat pancing untuk merasakan pengalaman memancing di laut dalam Pulau Aur.

Pulau Kukup, Pontian

Pulau Kukup

Bagi anda yang suka melihat panorama menghijau alam semula jadi, anda mesti melawati Pulau Kukup. Pulau Kukup telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor dan diiktirafkan sebagai tapak Ramsar oleh Biro Persidangan Ramsar di Geneva. Pulau Kukup dipenuhi dengan pokok bakau yang melindungi pelbagai hidupan laut di sana. Pelancong dapat melihat suasana indah dari atas jambatan gantung yang merentangi Sungai Ular dan menara pemerhati.

Gunung Ledang, Muar

gunung ledang

Yang nak melepas kepenatan kerja di kota sambil menghirup udara segar, anda boleh singga ke hutan lipur di Gunung Ledang. Anda boleh mendengar dari jauh desiran air terjun setinggi 1,267 m. Airnya jernih dan dingin, yang boleh memberikan kesegaran pada tubuh yang capek. Anda yang masih semangat boleh mendakit ke puncak gunung menggunakan anak tangga yang telah disediakan untuk melihat panorama alam semula jadi yang cantik.

Itulah senarai tempat menarik di Johor Bahru terbaik yang boleh anda lawati untuk percutian keluarga Meskipun jauh dari Kuala Lumpur, anda pasti akan rindu pergi ke sana lagi setiap kali musim cuti tiba. Mesti baca juga tempat menarik di Melaka untuk percutian lainnya.

Carian Yang Berkaitan:

  • percutian di johor
  • tempat memancing di johor bahru

Related Posts